Thursday 19 December 2019

Kisahku dengan kuih sarang lebah @loyang@goyang@ros

Bismilahhirrrohmannirrohhim....
  Assalammualaikum wbt...
       Sebelum saya teruskan menulis blog ini. Ketika ini saya lihat jam pukul 1:22pagi. Tergerak hati saya untuk menulis blog saya yang sudah berzaman tidak menghabiskannya. Mungkin pada masa itu saya tidak mempunyai idea untuk menulis.
Sekarang apabila kita sudah mempunyai produk untuk dijual,baru kita ada keyakinan diri untuk mempromosikan produk itu ialah Kuih Sarang Lebah.
  Pada tahun 2007 saya belajar  cara membuat kuih sarang lebah@loyang@goyang@ros  ini dari seorang kawan. Kuih tradisional ini adalah kuih turun temurun dari moyang nenek kita. Setelah saya belajar cara membuat kuih ini, ada saje kawan -kawan saya meminta saya membuatnya .
    Kebetulan pada hari sabtu dan ahad adalah hari majlis perkahwinan adik sepupu saya ,anak kepada adik kandung mama (sekarang dah arwah pun) arwah mama suruh saya membuatnya untuk kenduri. Banyak jugaklah saya buat.
Pengalaman bersama arwah mama saya dan keluarga.
   Seterusnya tahun 2015 saya membuat tempahan pada bulan puasa dan alhamdulilah rezeki dari Allah swt. Banyak jugak tempahan yang ku dapat.
    Dan pada tahun 2019 hujung bulan november . Saya mula mempromosi kuih tradisional ini dengan kawan - kawan yang mengenali saya atau kawan - kawan baru. Saya tanya sesiapa jika ingin membeli kuih saya. Kerana saya yakin rezeki itu luas. Produk makanan ini pasti sentiasa digemari oleh semua kaum. Dan disukai,kerana rasanya manis,berlemak dan rangup. ££££
Apa lagi orang panggil ini selain kuih goyang ..rupanya banyak nama kuih tradisional ini..diantaranya kuih ros,loyang,sarang tebuan atau sarang lebah. Bagi kaum cina pula, mereka menamakan kuih tradisional ini "biskut lebah" itulah yang diceritakan oleh seorang sahabat saya berbangsa cina.

Saya jugak suka kelainan dalam masakan atau membuat kuih-muih.Suka mencipta satu resepi baru iaitu menambahkan rasa yang unik dan bau yang sedap. Perisa pandan atau pandan bijan.  Kreatifan saya dalam pembuatan kuih tradisional ini supaya pemakan tidak berasa jemu dengan rasa dan jugak kerangupan.
Zaman berzaman dari tok nenek moyang kita kuih tradisional ini tidak akan hilang dari turun-temurun kita.
Kuih tradsional ini kita boleh buat sebagai kudapan di masa waktu bersantai. Selain kuih ini kita jumpa di majlis perkahwinan,kenduri atau di mana sahaja. Bukan sahaja pada hari perayaan. Malah zaman sekarang suri rumah buat dan jual kerana ingin mencari pendapatan lebih . Malah kini ramai yang mereka jual di on-line untuk dipasarkan.
     Pengusaha-pengusaha yang baru berjinak dalam industri pemakanan perlu peka harga dan citarasa pelanggan. Pelanggan-pelanggan yang dihormati bolehlah membuat tempahan sekarang. Saya percaya tidak akan megecewakan kerana rasanya yang enak dan lazat serta rangup.
    Harga yang berpatutan. Boleh wasap atau hubungi saya. Saya Puan Rita.Terus tekan link di bawah::
www.wasap.my/60165388023/nakorder